AGENDA

Lelaki warga Bangladesh ditemui lemas, jatuh ketika pasang jaring ikan

29 Jun 2025, 10:30 PM
Lelaki warga Bangladesh ditemui lemas, jatuh ketika pasang jaring ikan

SEREMBAN, 29 JUN: Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan terapung di permukaan Sungai Muar, Kampung Kuala Gemas, Gemas dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan membabitkan buruh berusia 46 tahun itu pada 9.55 pagi tadi.

“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa adalah lelaki yang dilaporkan lemas di Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas pada Khamis lepas, dia dikatakan terjatuh ketika mahu memasang jaring untuk menangkap ikan dan dilaporkan hanyut sejauh 13 kilometer.

“Waris mangsa juga telah membuat pengecaman ke atas mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.