GLOBAL

4 pesawat terima ancaman bom mendarat cemas

17 Ogos 2018, 1:40 AM
4 pesawat terima ancaman bom mendarat cemas

SANTIAGO, Chile 17 OGOS: Empat pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Chile dan Peru semalam susulan ancaman bom yang diberikan terhadap Lembaga Penerbangan Awam Chile.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pihak berkuasa penerbangan itu berkata, empat pesawat itu masing-masing milik LATAM Airlines dan Sky, iaitu syarikat penerbangan tambang murah Chile.

Semua pesawat berkenaan kemudian diarahkan menjalani pemeriksaan keselamatan termasuk ke atas penumpang, bagasi dan kabin oleh polis dan pasukan keselamatan lapangan terbang.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.