AGENDA

Cadang sistem polimer ganti besi penghadang

20 Jun 2025, 6:00 PM
Cadang sistem polimer ganti besi penghadang
Cadang sistem polimer ganti besi penghadang

SHAH ALAM, 20 JUN: Penggunaan sistem penghadang polimer atau 'roller barrier' alternatif terbaik sebagai pengganti kepada besi penghadang bagi mengelak kenderaan terbabas atau melanggar objek berbahaya jika berlaku kemalangan.'

Pengasas Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) Jamil Manan Supri berkata teknologi itu dilengkapi mekanisme penggelek yang bertindak sebagai pelindung apabila kenderaan berat seperti bas atau lori terbabas.

Menurutnya, sistem itu juga berupaya menghalakan semula kenderaan ke laluan asal dan menyerap hentaman untuk mengurangkan impak pelanggaran dan risiko kematian.

"Penghadang besi (digunakan kini) menjadikan impak kemalangan lebih teruk. Nahas di Jalan Raya Timur- Barat dekat Gerik sebelum ini menunjukkan bagaimana komponen itu menembusi bahagian bas.

[caption id="attachment_706379" align="alignleft" width="309"] Pengasas Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) Jamil Manan Jufri[/caption]

"Jadi kerajaan perlu kaji semula penggunaannya. Gantikan dengan sistem roller barrier yang mampu menyerap hentaman dan lebih selamat. Tumpu di selekoh tajam, kawasan berbukit atau curam," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata, penghadang tersebut sudah digunakan di negara ini tetapi hanya di laluan tertentu kerana kos yang tinggi.

“Malaysia dah ada (pasang) tapi tak banyak, ikut pihak berkuasa tempatan. Antaranya di Putrajaya, Subang. Sebabkan kos tinggi tak perlu pasang semua, beri tumpuan di kawasan berbahaya.

“Bagi laluan kurang berisko pula, boleh guna penghadang separa lentur seperti W-beam dan thrie-beam guardrail. Komponen itu digunakan di kebanyakan lebuh raya di dunia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.