NASIONAL

'Kita Punya Malaysia' dipilih lagu tema sambutan kemerdekaan

27 Jul 2018, 7:10 AM
'Kita Punya Malaysia' dipilih lagu tema sambutan kemerdekaan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 27 JUL: Lagu 'Kita Punya Malaysia' nyanyian Bunkface dipilih sebagai lagu rasmi sambutan kemerdekaan kali ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo berkata, lagu ciptaan Sam Bunkface itu dipilih kerana mempunyai mesej perpaduan, ketinggian jati diri dan mengingatkan pendengar bahawa negara ini kepunyaan semua rakyat.

"Lagu ini memang berbeza dengan lagu tema Hari Kebangsaan sebelum ini kerana lagu ini lebih 'menangkap' pendengar dan lebih bertenaga," katanya pada sidang media yang diadakan di Wisma Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di sini, hari ini.

Gobind berkata, sebelum ini pihak KKMM turut menerima banyak cadangan lagu lain.

"Kita menerima 632 logo yang dihantar dan pelbagai lagu ciptaan komposer di Malaysia," katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, selain lagu 'Kita Punya Malaysia', pihak KKMM turut mengalu-alukan lagu patriotik lama dimainkan di radio dan kaca televisyen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.