AGENDA

Aliran trafik sempadan Terengganu-Kelantan lancar setakat 9 pagi

6 Jun 2025, 11:04 AM
Aliran trafik sempadan Terengganu-Kelantan lancar setakat 9 pagi

KOTA BHARU, 6 JUN: Aliran trafik di beberapa pintu masuk dari jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Pasir Puteh dilaporkan lancar hingga 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di jalan keluar masuk di sempadan Pasir Puteh-Terengganu, termasuk di pintu masuk Tok Bali-Kuala Besut berada pada skala satu.

"Setakat ini, tiada kesesakan jalan di pintu masuk sempadan Kelantan-Terengganu dan kenderaan bergerak seperti biasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berikutan kepulangan perantau ke kampung halaman sempena Aidiladha.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.