SUKANKINI

WC2018: Serangan taktikal menjadi, Perancis atasi Uruguay 2-0

6 Jul 2018, 11:37 PM
WC2018: Serangan taktikal menjadi, Perancis atasi Uruguay 2-0

OLEH HAFIZAN TAIB

NIZHNY NOVGOROD, 7 JUL: Perancis muncul pasukan pertama layak ke separuh akhir dengan mengatasi Uruguay 2 - 0 hasil jaringan Raphael Varane dan Antoine Griezmann.

Dalam perlawanan suku akhir di sini, juara 1998 itu mendapat gol pertama hasil tandukan Varane yang menyambut kemas sepakan percuma Griezmann lalu melepas jangkauan penjaga gol, Fernando Muslera, pada minit ke-40.

Skuad kendalian Didier Deschamps mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua melalui Griezmann (m61) yang merembat kencang pada jarak 20 meter cuba ditampan Muslera tetapi masuk mengatasi garisan gol.

Uruguay yang turun tanpa penyerang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani akibat cedera, bergantung harap kepada gandingan Luis Suarez dan Cristhian Stuani bagi mengugat pertahahan Perancis namun gagal mencipta jaringan.

Pasukan Amerika Selatan itu nyaris mendapat gol pada akhir babak pertama dengan tandukan Martin Caceres tetapi diselamatkan penjaga gol dan ketua pasukan, Hugo Lloris.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.