AGENDA

Buruh warga Myanmar maut tersepit mesin pam pasir di tapak projek rumah

7 Mei 2025, 11:20 AM
Buruh warga Myanmar maut tersepit mesin pam pasir di tapak projek rumah

MELAKA, 7 MEI: Seorang buruh warga Myanmar maut akibat tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan I Mohd Ismail Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.56 pagi.

“Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati terdapat seorang mangsa berusia 26 tahun, tersepit dalam mesin pam pasir ketika sedang membuat kerja binaan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail berkata sepasukan anggota bomba dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu lapan anggota dari BBP Cheng.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.