AGENDA

Pemain skuasy negara juarai Terbuka Bermuda 2025

4 Mei 2025, 7:00 AM
Pemain skuasy negara juarai Terbuka Bermuda 2025

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Pemain skuasy negara Aira Azman membuktikan statusnya selaku pilihan utama apabila menjuarai Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan pencabar dari Mesir Hana Moataz dalam perlawanan final pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia meraih kemenangan bergaya 3-0 (12-10, 11-3, 11-6) dalam masa 27 minit.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah peribadi buat Aira apabila merangkul kejuaraan pertamanya ke atas Moataz yang menghuni ranking ke-38 dunia.

Aira sebelum ini melakar kemenangan pada separuh akhir selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman untuk mengesahkan tempat ke pentas final kejohanan berkenaan.

Perlawanan itu dimulakan dengan aksi kurang baik apabila kecundang 4-11 sebelum kembali bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8 dan 11-6.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.