AGENDA

Kebakaran saluran gas: KKM jamin keperluan perubatan di PPS optimum

4 Apr 2025, 7:12 AM
Kebakaran saluran gas: KKM jamin keperluan perubatan di PPS optimum

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan keperluan perubatan dan kesihatan mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS), berada dalam keadaan optimum.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah ini diambil bagi memastikan mangsa yang dikenal pasti mempunyai penyakit sedia ada menerima penjagaan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh penempatan mereka di PPS Masjid Putra Heights.

"Saya mendapati penjagaan kesihatan ini tidak tergendala, dan kami juga menggunakan MySejahtera yang memberi maklumat secara segera berkaitan ubat yang diperlukan oleh mangsa-mangsa ini.

"Selain itu, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) memastikan sokongan emosi dan kestabilan mental mangsa dalam keadaan yang sejahtera," katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata seramai tujuh petugas dari klinik kesihatan daerah, 12 daripada MHPSS, dan tiga daripada pejabat kesihatan daerah memberikan perkhidmatan kesihatan di PPS tersebut. Mereka turut menerima sokongan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Setakat tengah hari ini, PPS Masjid Putra Heights menempatkan seramai 379 mangsa dari 97 keluarga keluarga.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.