AGENDA

Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera, tiada ancaman tsunami dikeluarkan

7 Mac 2025, 3:06 PM
Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera, tiada ancaman tsunami dikeluarkan

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, 8.42 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 80 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 69km barat dari Banda Acheh, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.