AGENDA

Situasi bah di Sabah, Sarawak tidak berubah, 309 mangsa masih berteduh di PPS

14 Feb 2025, 2:25 AM
Situasi bah di Sabah, Sarawak tidak berubah, 309 mangsa masih berteduh di PPS

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak tidak berubah pagi ini dengan jumlah mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu kekal 309 orang.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga, tidak berubah sejak 8 malam tadi.

“Hanya sebuah PPS di Kinabatangan dibuka, trend pemindahan pagi ini kekal,” menurut jawatankuasa itu.

Di SARAWAK, sebanyak 202 orang masih berlindung di dua PPS di Miri, satu-satunya kawasan yang masih terkesan dengan bencana banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS di Dewan Masyarakat Beluru kekal dengan 137 mangsa, sementara PPS di SMK Bakong Beluru dengan 65 mangsa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.