AGENDA

Remaja lelaki dikhuatiri lemas, motosikal jatuh sungai

9 Feb 2025, 3:45 PM
Remaja lelaki dikhuatiri lemas, motosikal jatuh sungai

PENDANG, 9 FEB: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke sungai Padang Terap di Chegar dekat sini, petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang digerakkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai dan saksi kejadian mendakwa seorang mangsa lelaki anggaran berumur 17 tahun dipercayai lemas.

"Tindakan menyelamat dengan menggunakan kaedah surface searching sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Muhammad Ezzat Emran berkata sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.