AGENDA

Agong jalani rawatan di luar negara, seluruh rakyat diminta doakan keafiatan

7 Feb 2025, 4:11 AM
Agong jalani rawatan di luar negara, seluruh rakyat diminta doakan keafiatan

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.