AGENDA

Dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika padam kebakaran

23 Jan 2025, 5:46 AM
Dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika padam kebakaran

KOTA KINABALU, 23 JAN: Dua anggota bomba terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Petagas di sini tengah malam tadi.

Seorang daripada anggota berkenaan, Amran Amir, 34, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan seorang lagi mangsa, Pegawai Bomba Kanan II Sharif Faizul, 38, pula menerima rawatan di lokasi kejadian.

“Bomba menerima laporan kejadian pada 11.59 malam dan operasi ditamatkan 1.40 pagi tadi.

“38 anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang terlibat dalam operasi pemadaman yang turut disertai Sabah Electricity dan polis,” menurut kenyataan itu hari ini.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.