AGENDA

Lelaki umur 54 tahun meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang

13 Jan 2025, 12:03 PM
Lelaki umur 54 tahun meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang

IPOH, 13 JAN: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas sebelum pengsan pada 3.06 petang.

“Pasukan bomba sukarelawan yang tiba ke lokasi telah memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.