AGENDA

Penemuan objek disyaki bom, Substesen Pulau Sibuan ditutup sementara

7 Jan 2025, 1:26 PM
Penemuan objek disyaki bom, Substesen Pulau Sibuan ditutup sementara

SEMPORNA, 7 JAN: Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di bawah Taman-Taman Sabah ditutup sementara susulan penemuan objek disyaki bom daripada perang dunia kedua, di sini hari ini.

"Penutupan sementara itu bermula pada 12.30 tengah hari, segala kesulitan berhubung perkara ini adalah sangat dikesali," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).

Taman-Taman Sabah turut memaklumkan kawasan terbabit dalam keadaan selamat ketika ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.