AGENDA

Lelaki melecur selepas lapan gerai makan terbakar di Skudai

5 Jan 2025, 2:58 PM
Lelaki melecur selepas lapan gerai makan terbakar di Skudai

JOHOR BAHRU, 5 JAN: Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba TC Saifulbahari Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.

Beliau berkata susulan itu, dua 'Fire Rescue Tender' (FRT), sebuah 'Compact Fire Rescue Tender' (CFRT) dan sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Iskandar Puteri serta Larkin digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran itu telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan gerai nombor satu hingga tujuh, 50 peratus gerai nombor lapan dan 95 peratus sebuah motosikal jenis Yamaha R15,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa yang merupakan peniaga berumur 37 tahun mengalami kelecuran satu peratus dan diberikan rawatan awal oleh petugas EMRS, katanya.

Operasi ditamatkan pada 7.05 malam.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.