AGENDA

Israel terus langgar gencatan senjata, bakar rumah di selatan Lubnan

2 Jan 2025, 1:00 PM
Israel terus langgar gencatan senjata, bakar rumah di selatan Lubnan

TEHRAN, 2 JAN: Dalam pelanggaran terbaru terhadap gencatan senjata yang bermula pada 27 November 2024, tentera Israel telah menyerang dan membakar rumah di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik media tempatan.

Tentera Israel membakar beberapa rumah di Aitaroun, yang terletak di daerah Bint Jbeil di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) pada Rabu.

NNA turut melaporkan dron Israel dikesan terbang di ruang udara Dahieh, pinggir bandar Beirut dan Tyre, bandar kelima terbesar di Lubnan, melanggar gencatan senjata buat kali kedua pada hari pertama 2025.

Namun, Israel telah banyak kali melanggar perjanjian gencatan senjata itu.

-- BERNAMA-IRNA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.