AGENDA

PM sampai Amanat Tahun Baharu 9 malam esok

30 Dis 2024, 3:37 PM
PM sampai Amanat Tahun Baharu 9 malam esok

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam esok.

"Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menggariskan matlamat serta hala tuju negara bagi tahun 2025.

"Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat kepada rakyat dan negara," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.