AGENDA

Pelajar perempuan tingkatan dua maut terjatuh tingkat lapan sekolah

19 Nov 2024, 1:07 AM
Pelajar perempuan tingkatan dua maut terjatuh tingkat lapan sekolah

GEORGETOWN, 19 NOV: Pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.