AGENDA

Beg berisi wang tunai RM1 juta lesap dari van syarikat keselamatan

7 Nov 2024, 1:53 AM
Beg berisi wang tunai RM1 juta lesap dari van syarikat keselamatan

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Polis menerima laporan mengenai kehilangan sebuah beg yang berisi wang tunai berisi wang tunai RM1 juta daripada sebuah pusat beli belah di Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.55 petang, selepas proses kutipan dilakukan sebuah syarikat keselamatan daripada sebuah bank, dekat sini.

“Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu difahamkan kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan terlibat selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.