AGENDA

Remaja perempuan rentung dalam kebakaran rumah

5 Nov 2024, 12:43 AM
Remaja perempuan rentung dalam kebakaran rumah

MIRI, 5 NOV: Remaja perempuan warganegara China ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar satu tingkat di Jalan Grand Park, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat mangsa berusia 13 tahun itu ditemukan dalam rumah berkembar itu yang terbakar kira-kira 70 peratus.

“Panggilan diterima pada jam 3.06 pagi, 12 anggota dan dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Miri tiba di lokasi jam 3.16 pagi,” katanya.

Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam dan unit bersebelahan rumah berkembar terlibat hanya mengalami kebakaran di bahagian siling.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.