BUDAYA

Bayanganku

27 Okt 2024, 12:30 AM
Bayanganku

seutas tali tercangkuk merentangi tubuh kita

kau berjalan pantas, aku turut melangkah laju

aku berbelok kiri, tubuh kau mengelok ke kiri

regangannya belum pernah longgar

makin kuat-makin erat

dalam sorotan lampu jalan yang pucat

malam menjadikan kita bayangan

terbuai-buai mengikut irama langkah

kadang siluet kita terlindung

hilang di balik bayang-bayang rumah dan pepohonan

pada ikatan tali yang tak terlihat,

kita sering bertanya;

siapa yang terlebih dahulu menyeret siapa?

Fazleena Hishamuddin

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.