ADN

1,500 baucar makanan menanti pengunjung Karnival Rasa Sayang 28 September

24 Sep 2024, 12:30 PM
1,500 baucar makanan menanti pengunjung Karnival Rasa Sayang 28 September

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebanyak 1,500 baucar makanan dan pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti pengunjung Karnival Rasa Sayang di Dewan BU11, Bandar Utama pada 28 September ini.

Wakil rakyat Bandar Utama berkata karnival yang dianjur bagi meraikan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat itu dijadual berlangsung mulai 6 petang hingga 10 malam.

“Jangan lupa ajak keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai, kita sama-sama meriahkan Karnival Rasa Sayang 2024.

“Menariknya, 1,500 baucar makanan bernilai RM15 dan pelbagai hadiah cabutan bertuah istimewa disediakan untuk pengunjung,” kata Jamaliah Jamaluddin menerusi Facebook.

Menurut Jamaliah, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya persembahan keseniaan, permainanan tradisional dan kraf tangan.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.