AGENSI

Istana Selangor persembah potret rasmi Tengku Permaisuri

9 Ogos 2024, 5:15 AM
Istana Selangor persembah potret rasmi Tengku Permaisuri

SHAH ALAM, 9 OGOS: Istana Selangor mempersembahkan potret rasmi terbaharu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Potret terbaharu Tengku Permaisuri Norashikin itu mula diedar kepada umum bermula pada 19 Ogos depan.

Menurut Facebook Selangor Royal Officer cetakan pertama boleh diperoleh secara percuma di Bahagian Korporat, Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) Shah Alam.

Sementara itu, bagi jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri boleh mendapatkannya di Unit Pentadbiran Am Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 18, Bangunan SSAAS.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-5544 7069 atau emel ke lely@selangor.gov.my; sitisyazwani@selangor.gov.my; sitikhomariah@selangor.gov.my; elisa@selangor.gov.my

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.