AGENDA

Perhimpunan solidariti rakyat Palestin di Axiata Arena Ahad ini

1 Ogos 2024, 7:15 AM
Perhimpunan solidariti rakyat Palestin di Axiata Arena Ahad ini

PUTRAJAYA, 1 OGOS: Satu perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Ahad ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada perhimpunan yang dijadualkan bermula 8 malam itu.

"Kita buka ruang ini untuk semua pihak bersama-sama bersolidariti, dan kita harap ini akan menjadi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa juga bahawa pendirian rakyat Malaysia terhadap isu Palestin tidak berubah, dan kita akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira dari parti mana sekalipun, turut dijemput hadir ke perhimpunan itu.

Sebelum ini Himpunan Solidariti Bersama Gaza pernah diadakan di Masjid Negara yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.