AGENDA

Pesara wanita rugi RM735,000 akibat terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon

25 Jul 2024, 4:46 AM
Pesara wanita rugi RM735,000 akibat terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon

TANGKAK, 25 JULAI: Pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.

Beliau berkata warga emas itu kemudiannya diminta memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.