AGENDA

Lebih 35,000 rakyat Palestin dibunuh Israel sejak Oktober tahun lepas

18 Mei 2024, 11:09 AM
Lebih 35,000 rakyat Palestin dibunuh Israel sejak Oktober tahun lepas

ANKARA, 18 MEI: Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata 79,366 orang lagi cedera dalam serangan kejam tentera rejim, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas.

“Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.