AGENDA

Dua lelaki terperangkap selepas kereta dinaiki dihempap pokok

16 Mei 2024, 12:30 PM
Dua lelaki terperangkap selepas kereta dinaiki dihempap pokok

ALOR SETAR, 16 MEI: Dua terperangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati ada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap dua kereta.

Beliau berkata dua lelaki berumur 38 dan 61 tahun yang terperangkap dalam kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba, dan mereka tidak mengalami kecederaan.

"Pokok berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 petang," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.