AGENDA

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia

20 Apr 2024, 1:35 AM
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

Anak Allahyarham Abdul Rahmat Omar mengesahkan pemergian bapanya pada usia 85 tahun itu menerusi kenyataan ringkas pagi ini.

Abdul Rahmat berkata pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam, Selangor dan dijangka dibawa ke Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.