BUDAYA

Malam & Matahari

6 Apr 2024, 12:45 AM
Malam & Matahari

 

kipas pada takah satu. berputar

perlahan seakan tertahan waktu.

dingin masih saja bilah-bilah jarum

menusuk daging & tulang. aku

terlentang. berselimut. menatap

kupu-kupu di bucu kamar

terperangkap, gagal keluar.

ia barangkali petanda ajal

atau simbolik kelahiran.

jalur timur menerjang langsir

menggaris bakung & monstera

langsung menjelajah ke ranjang

hingga menjajah tubuh.

aku seakan percaya

matahari miripmu, mantan.

senyap-senyap menanggalkan

kelopak temaram & meninggalkan

bau malam. hanya bayang

yang kaujelmakan di kelir dinding

dari segala perhiasan kamar

dari setiap debu & udara.

tapi ruang ini tak lagi bercahaya

meski kauanggap dirimu

matahari. meski

kaujadi matahari.

di ambang duha di luar

suara & wajah manusia –

di rembang duha di kamar

sepi & rupa kenangan –

mendeja-vu gelung hidup

lagi dan lagi dan lagi.

aku terlentang. berselimut.

kupu-kupu terus membucu

di penjuru kamar. aku

belum ingin sesuatu pun

sedang siang memaksa

mimpi-mimpi dimaknakan

hari ini, pagi ini.

 

A’riff Mustaffa Hamzah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.