BUDAYA

Tanjong Karang ialah kekasih yang telah lama aku tinggalkan

18 Feb 2024, 12:30 AM
Tanjong Karang ialah kekasih yang telah lama aku tinggalkan

(kepada Jack Malik)

kelana aku mencari tanah tumpah darah.

kutemukan gong dato, mengabang telipot

batu rakit, tok jembal, gong badak

tidak dilupakan serada

cantik, mistik dan indah.

tetapi aku masih takut-takut

mahu mati di tanah orang

lebih hairan lagi

sudah kulihat keropok lekor

membaca sajak mucky

dan chee cheong fun

membedah sajakjakja(c)k

langsung tiada inginku

melamar pecal pasar ahad

untuk mengintai

sajak-sajakku yang barangkali

sudahpun basi

kerana cinta pertama, kataku.

tak pernah lahir sebagai tanah sendiri

maka hari ini

malu-malu aku mengaku

cinta pertamaku, O Tanjong Karang

aku kembali berlabuh, seperti asal

menjadi melayu anak dagang

yang tahu rindu dan pulang.

 

Aiman Said

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.