AGENDA

Wanita lemas ketika jalani latihan menyelam

22 Jan 2024, 2:55 AM
Wanita lemas ketika jalani latihan menyelam

ALOR SETAR, 22 JAN: Seorang wanita dipercayai lemas ketika sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di Perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa yang berusia 43 tahun dari Kajang, Selangor itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

“Balai Polis Langgar menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira pukul 2 petang yang memaklumkan mengenai seorang pesakit telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital setelah disyaki lemas ketika menjalani latihan menyelam.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.