AGENDA

Dua PPS dibuka di Kuala Selangor, 75 orang terjejas bah susulan hujan lebat

14 Dis 2023, 2:11 AM
Dua PPS dibuka di Kuala Selangor, 75 orang terjejas bah susulan hujan lebat

SHAH ALAM, 14 DIS: Sebanyak 75 orang daripada 26 keluarga mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi susulan hujan lebat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan kesemua mereka berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan aras sungai Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pula melepasi paras bahaya dengan 27.1 meter, namun dalam trend menurun setakat 9 pagi ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.