AGENSI

Pengajian Akademi Literasi al-Quran diperluas ke daerah secara berperingkat

11 Nov 2023, 12:15 AM
Pengajian Akademi Literasi al-Quran diperluas ke daerah secara berperingkat

SHAH ALAM, 11 NOV: Program Pengajian Bersijil Akademi Literasi al-Quran Selangor diperluas secara berperingkat ke daerah negeri ini bermula di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi pelaksanaan peringkat kedua di Gombak dan Sabak Bernam.

"Untuk memperluaskan program ini ke daerah-daerah, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi pelaksanaan peringkat kedua (satu daerah satu masjid) di daerah Gombak dan Sabak Bernam termasuk memperkasa program sedia ada di masjid negeri bagi daerah Petaling.

"Peruntukan ini bagi menampung kos melantik tenaga pengajar, cetakan bahan pengajaran dan pembelajaran serta kos fasiliti. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan rakyat di kawasan luar bandar Selangor untuk menyertai program pengajian al-Quran ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.