AGENDA

Penganjuran Hari Sukan Negara selaras kerangka Malaysia Madani

14 Okt 2023, 6:30 AM
Penganjuran Hari Sukan Negara selaras kerangka Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) yang bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif adalah selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepentingan kegiatan sukan seharusnya dimulakan di peringkat awal lagi.

“… dan diteruskan sehingga ke sekolah, institut pengajian tinggi, alam pekerjaan dan seterusnya agar gaya hidup kita terus kekal aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan, fizikal dan seumpamanya,” kata beliau dalam catatan di Facebook hari ini.

Anwar hari ini merasmikan HSN 2023 peringkat kebangsaan di Putrajaya yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta timbalannya Adam Adli Abd Halim.

HSN merupakan agenda nasional, yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.