AGENDA

Polis sahkan iklan palsu guna nama, foto bekas mufti Selangor

4 Sep 2023, 3:42 AM
Polis sahkan iklan palsu guna nama, foto bekas mufti Selangor

SHAH ALAM, 4 SEPT: Polis Selangor mengesahkan iklan pelaburan yang menggunakan nama bekas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid adalah palsu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan pihaknya menerima laporan berkaitan iklan tersebut daripada Mohd Tamyes yang merupakan pengadu pada 9.43 malam tadi (3 September).

Beliau (Mohd Tamyes) membuat laporan polis dan menafikan pembabitannya dalam iklan yang dipaparkan di laman sosial Facebook atas nama ‘Investor City’.

“Iklan tersebut adalah palsu dan tiada kaitan dengan Mohd Tamyes manakala laporan polis yang diterima dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan terperinci," katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Hussein turut menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya serta terpengaruh dengan iklan dan tawaran di media sosial yang menggunakan identiti individu penting.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.