PBT

Pasukan pantas MBSJ alih pokok tumbang selepas terima aduan

1 Sep 2023, 4:10 PM
Pasukan pantas MBSJ alih pokok tumbang selepas terima aduan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 1 SEPT: Anggota Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memotong dan mengalihkan beberapa pokok tumbang di dua lokasi hari ini.

Insiden pokok tumbang berlaku di Putra Heights iaitu di Jalan Putra Murni 3/1 dan Jalan Putra Bistari Seksyen 2 sehingga menghalang jalan raya.

“Pasukan Pantas MBSJ menerima dua aduan kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan jalan raya disebabkan hujan pagi tadi.

“Tindakan memotong dan mengalihkan ke tepi jalan agar tidak menghalang laluan telah dilaksanakan serta merta,” maklum MBSJ menerusi Facebook.

MBSJ turut memaklumkan penduduk boleh menghubungi Pusat Panggilan MBSJ di talian 03-8024 7700 jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.