AGENDA

Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan

11 Ogos 2023, 12:30 AM
Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan
Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan
Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan
Lebih 5,000 hadir Festival #ArusMerahKuning, pamer sokongan Kerajaan Perpaduan

OLEH SHEEDA FATHIL & SHAMZ JOHAN

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Lebih 5,000 individu mempamerkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan menerusi Festival Grand Finale Kita Selangor #ArusMerahKuning di padang AU2 Keramat, malam tadi.

Program yang bermula jam 8 malam itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo.

Turut hadir, Presiden Umno Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Dato’ Sri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh.

[caption id="attachment_597330" align="aligncenter" width="625"] Dato’ Menteri Bersar Dato’ Amirudin Shari berucap di hadapan ribuan penyokong pada program Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Beberapa calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional juga hadir festival itu antaranya calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak Setia) dan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet) (DUN Bukit Antarabangsa).

Festival dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis terkemuka tanah air antaranya kumpulan Floor 88, Kugiran Masdo, Bunkface dan MK K-Clique.

[caption id="attachment_597332" align="aligncenter" width="640"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon negeri Selangor mengangkat isyarat menang kepada hadirin sejurus tamat program Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning di pada AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Dalam majlis sama, penyanyi Sufian Suhaimi dan seluruh rakyat yang hadir tidak ketinggalan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepada perdana menteri sempena ulang tahunnya semalam.

Rata-rata rakyat yang hadir pada festival itu turut memberikan sokongan padu dan tumpuan terhadap ceramah disampaikan oleh para pemimpin termasuk menyambut laungan Kita Selangor dan Reformasi.

[caption id="attachment_597333" align="aligncenter" width="639"] Kumpulan Indie popular tanah air Floor 88 menyampaikan tiga lagu popular sebelum Ceramah Perpaduan Grand Finale #ArusMerahKuning yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan calon DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli di padang AU2 Keramat pada 10 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.