AGENDA

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat, sebabkan angin kencang, laut bergelora

16 Jul 2023, 5:58 AM
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat, sebabkan angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat (Talim), yang dikesan berlaku kira-kira 1,327 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 18.8 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 451 km ke tenggara Hong Kong, China.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, jabatan itu memberitahu ribut tropika berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 92 km/j.

MetMalaysia menjelaskan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.