BUDAYA

Mengenang keringat ayah

9 Jun 2023, 12:30 AM
Mengenang keringat ayah

 

sesekali menginjak di bendang. gersang menghiris urat keting pohonan padi. rerambut lalang mengurai angkuh. apabila ayah berumah di daerah abadi. dahulu kulit keringat ayah berguguran suburkan akar tanah. gugusan padi menghijau, buah melebat tunduk. keli dan haruan mengapai-gapai muka air tenang.

dengan semangat menujam harapan, ayah tak menyerah. pagi menggauli mesra tanah, petang melunyaikan seluruh tenaga. Antara usaha dan doa ayah simpul permintaan pada Ilahi. kadangkala ayah melibas lalang yang menyerang. memaut kaki hujan dengan dakapan kuat sebelum dibebaskan perlahan-lahan. di situ ayah mengaitkan kesabarannya dengan ketabahan.

kini, garis-garis tanah retak di dadaku. kelibat tubuh ayah yang lelah di senja pekat dan merah beransur menghilang.

 

Ibnu Arrazy

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.