AGENDA

Ramalan hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 5 petang

3 Mei 2023, 6:50 AM
Ramalan hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 23 APRIL: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.

Keadaan sama turut melanda beberapa daerah di tujuh negeri lain termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.