AGENDA

Masyarakat diingatkan waspada dengan tawaran pinjaman mudah pada musim perayaan

12 Apr 2023, 1:00 PM
Masyarakat diingatkan waspada dengan tawaran pinjaman mudah pada musim perayaan

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam tidak lama lagi, masyarakat di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran pinjaman wang mudah.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata terlalu banyak pinjaman ditawarkan oleh pelbagai pihak pada musim perayaan dengan syarat mudah termasuk kepada mereka yang disenarai hitam.

“Jadi saya harap mereka tidak terperangkap kalau ada tawaran yang sedemikian. Kadang-kadang scammer, ataupun (apabila) terima panggilan, kena periksa betul-betul supaya maklumatnya jelas.

“Kalau ada kemusykilan, bolehlah rujuk kepada Angkasa (untuk) mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis agihan pek juadah berbuka puasa di Wisma Bernama di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Koperasi Bernama Berhad Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Terdahulu, sejumlah 300 pek makanan diagih kepada petugas agensi berita itu sebagai tanda penghargaan kepada media dalam mempromosi peranan dan aktiviti yang dilaksanakan Angkasa. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.