AGENDA

Lelaki ditemukan maut dipercayai lemas selepas jatuh lombong di Hulu Selangor

4 Apr 2023, 10:50 AM
Lelaki ditemukan maut dipercayai lemas selepas jatuh lombong di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong ketika memancing di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata penemuan mangsa yang berusia 26 tahun itu dimaklumkan oleh bapanya pada 2.47 petang.

“Setiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapati mangsa yang juga lelaki tempatan telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat pula berkata mangsa, yang dilaporkan hilang sejak malam semalam oleh ahli keluarganya, ditemukan di bahagian tepi lombong itu. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.