AGENDA

Mayat budak 12 tahun lemas di pantai ketika cuba selamat anak saudara ditemui

6 Mac 2023, 8:41 AM
Mayat budak 12 tahun lemas di pantai ketika cuba selamat anak saudara ditemui

KOTA BHARU, 6 MAC: Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan, Bachok semalam, ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, ditemukan pada 1.40 tengah hari tadi oleh orang awam di Pantai Senok, kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan tergelincir.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat dan proses selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa turut mendapat bantuan daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

--BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.