PBT

Kayuhan santai 50km bersama Raja Muda Selangor 19 Mac depan

28 Feb 2023, 8:08 AM
Kayuhan santai 50km bersama Raja Muda Selangor 19 Mac depan

SHAH ALAM, 28 FEB: Program kayuhan santai bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berlangsung pada 19 Mac depan.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata program Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 yang sepatutnya pada 12 Mac ditunda kepada tarikh tersebut.

"Pada edisi kali ini, kayuhan santai ini telah ditambah jarak mencecah ke 50 kilometer dengan melalui daerah Klang Utara dan Klang Selatan.

"Dijangka 1,000 orang peserta akan terlibat dalam kayuhan ini," kata Noraini Roslan ketika menyampaikan perutusan Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 2/2023 hari ini.

Tambah beliau, program berkenaan akan berlepas pada jam 7 pagi di Sime Darby Sales Gallery, Bandar Bukit Raja, Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.