AGENDA

37,373 ketua isi rumah miskin tegar terima Bakul Rahmah

27 Feb 2023, 8:52 AM
37,373 ketua isi rumah miskin tegar terima Bakul Rahmah

SHAH ALAM, 27 FEB: Seramai 37,373 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara bakal menerima bantuan keperluan asas menerusi inisiatif Bakul Rahmah.

Menteri kos sara hidup berkata usaha bawah program Payung Rahmah bernilai RM100 menyasar golongan B10, iaitu miskin tegar berpendapatan kurang RM2,500, lapor Harian Metro.

Menurut Datuk Seri Salahuddin Ayub, inisiatif tersebut melibatkan kerjasama rakan strategik, pasar raya, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Inisiatif ini tidak membabitkan kos kerajaan ekoran pemain industri dilihat semakin bersungguh untuk menyalurkan kebajikan kepada rakyat," katanya.

Beliau menambah agihan barang keperluan asas akan diagihkan ke pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) setiap kawasan sebelum diedarkan kepada KIR terbabit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.