AGENDA

Kurung rakan senegara, polis tahan tiga lelaki

8 Feb 2023, 12:14 AM
Kurung rakan senegara, polis tahan tiga lelaki

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Tiga lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengurungan salah dan pemerasan wang RM25,000 membabitkan rakan senegara di Petaling Jaya, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing yang menyatakan dia dihubungi rakan senegara yang mendakwa telah diikat serta dikurung secara salah oleh sekumpulan lelaki dan mereka meminta wang tebusan sebanyak RM25,000.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama, sepasukan polis telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing di PJ Centrestage,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama empat hari hingga 9 Februari ini dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 348 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.