AGENDA

1,649 kemalangan direkod pada hari ketujuh Op Selamat 19

25 Jan 2023, 7:58 AM
1,649 kemalangan direkod pada hari ketujuh Op Selamat 19

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Sebanyak 1,649 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari ketujuh pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 2,002 kenderaan dengan kemalangan melibatkan kereta merekodkan jumlah yang tertinggi iaitu 1,492 kes.

“Ia diikuti pacuan empat roda (269), motosikal (168), lori (28), van (30), bas (11), teksi (3) dan satu kes kemalangan bagi basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Januari di seluruh negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.