AGENDA

Gempa bumi kuat landa Sulawesi, tiada ancaman terhadap Malaysia

18 Jan 2023, 2:00 AM
Gempa bumi kuat landa Sulawesi, tiada ancaman terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada 8.34 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 146 km itu berlaku pada jarak 69 km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.